Wednesday, December 2, 2015

PRETEND

Agaknya lumrah hidup manusia memang begitu,
sindrom pretend ni dah macam satu hits trend.


"Eh, betullah aku okay je."- #pretendokay


"Dia ni lah, hihihihihi kelakar nau lah."- #pretendhappy


"InshaaAllah, kita doa yang baik baik. Moga moga Allah permudahkan semua urusan."- #pretendbersangkabaikdenganTuhan


"Kau apehal wei? Aku kan dah cakap tak suka kau, gigih nak paksa paksa aku apehal."- #pretendmeluat


"Em. Yeke? Ouh okay lah. Ikutlah macam mana mana pun. Aku okay je."- #pretendsetuju


"Entah. Aku sendiri pun tak paham kenapa dengan aku ni, haihhh serabut perut lah fikir."- #pretendkeliru


But deeply inside,
kita tak okay,
kita tak happy,
kita sering ingat Tuhan dah campak kita entah ke mana,
kita suka malu malu,
kita protes dalam diam,
kita lagi kenal siapa diri kita.


Tapi kenapa kita memilih untuk be pretend?


Sebab terkadang,
hati kita sendiri pun kita tak seberapa nak percaya apa yang kita mahu sebenarnya.


Kita sendiri tak pasti apa yang kita rasa,
atau mungkin pun kita pasti,
tapi tetap memilih untuk be pretend.


Because no one ever care what you feel,
what you have gone through,
what makes you hurt,
what makes you so fragile,
no one ever care.
And,
'Pretend' just the best way to keep it your feelings,
suffers or regrets safely inside,
because no one gotta know.


And to me,
even they know,
they just DONT CARE.


So,
aku rasa orang yang tak pretend ni lagi sengsara dari orang yang pretend.


Firstly,
he show his depressness but no one care.


Second,
he depressed because ( repeat read the first).


Makanya,
korang pulak guane?

Thursday, July 30, 2015

PERNAH

Pernah tak,
kau rasa kau rindu seseorang,
tapi kau tak boleh buat apa apa,
tak boleh jumpa,
tak boleh pegang,
tak boleh kata apa apa,
tak boleh bagitahu dia.


Tapi,
cuma boleh tengok dari jauh,
sambil kesat air mata,
berdiri kadang terlalu dekat,
melihat cuma pada tanda.


Pernah?


Al-Fatihah,
pada yang sudah tiada,
moga moga tenang di sisi Pencipta.

Friday, July 24, 2015

KENTANG PUTAR

Bahan-bahan:

BAHAN A
- 8 biji kentang
- 1/2 cawan susu full cream
- 1 1/2 sudu besar planta
- sedikit lada hitam & lada sulah

Cara-caranya:
1. Kupas kulit kentang.

2. Rebus kentang sampai empuk, kemudian toskan.

3. Lenyekkan dengan planta & susu full cream, kemudian masukkan lada hitam, lada sulah secukup rasa.

BAHAN B
- 1 biji bawang besar [ditumbuk]
- 2 ulas bawang putih [ditumbuk]
- 2 sudu besar planta
- 2 kiub ayam
- 2 1/2 cawan air
- 1 1/2 sudu tepung jagung [dicampur air]
- sedikit lada hitam & lada sulah

Cara-caranya:
1. Tumis bawang besar & bawang putih dengan planta.

2. Masukkan bancuhan tepung jagung tumis sehingga warna keperangan.

3. Masukkan air dan kacau sebati, kemudian masukkan kiub ayam, lada hitam & lada sulah.

4. Kalau kuah pekat sangat tambah air sedikit, kacau rata sehingga sebati.

5. Then, tutup api dan biar sejuk.

Thursday, July 23, 2015

UDANG BUTTERMILK

Bahan-bahan :
* 300 gram udang
* 100 gram mentega
* 1 tin susu cair
* sedikit tepung jagung
* sedikit cili padi
* sedikit daun kari
* secukup rasa garam & gula

Cara membuatnya :

1. Bersihkan udang & kemudiannya digoreng dan ditoskan minyak.

2. Cair dan panaskan mentega.

3. Tumis cili padi dan daun kari sebelum masukkan susu cair.

4. Bancuh sedikit tepung jagung dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.

5. Campurkan ke dalam susu.

6. Kacau sehingga agak pekat, masukkan garam dan sedikit gula.

7. Selepas itu, tuangkan kuah ke atas udang yang telah digoreng sebelum itu.

Friday, July 10, 2015

KEK KEJU JEPUN

Bahan-bahan :

7 keping cheddar cheese
4 biji telur
1/2 sudu teh cream of tartar
200ml susu segar @ susu cair
100gm gula halus
75gm tepung naik sendiri
75gm butter

Kaedah membuat :

Koyakkan cheese dan campurkan bersama susu yang dimasak diatas api pelahan yang dikacau selalu.

Bila cheese dan susu telah larut, masukkan butter sehingga cair, kemudian tutup api dan biarkan adunan sejuk.

Asingkan antara telur putih dan kuning dalam bekas yang berlainan. Kemudian pukul putih telur bersama gula dan cream of tartar sehingga kembang(meringue).

Putar kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi(ditapis). Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

Masukkan adunan putih telur, gunakan kaedah kuap balikkan adunan sampai sebati. Lapikkan loyang serta sapukan sedikit butter.

Letak loyang dalam bekas berisi air panas(double water cooking). Panaskan oven, dan bakar mengikut oven masing-masing.

Dah siap, hidangkan bersama ais krim atau makan begitu saja.

Thursday, July 9, 2015

AYAM PANGGANG ROSEMARY

Kuantiti : 1 ekor ayam

Bebahan kisar A [grind]
1 sudu kecil rosemary
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Bebahan kisar B [Blender semua bahan]
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu kecil gula
4 sudu kecil madu
4 sudu kecil olive oil
4 sudu kecil perasa pati ayam
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit untuk menaikkan seri
Sedikit air untuk blend

Kaedah membuatnya :

1. Grind bahan A.

2. Blend bahan B.

3. Campurkan keduanya dan lumurkan pada ayam dengan penuh kasih sayang.

4. Marinate lebih kurang 4 jam atau semalaman.

5. Bakar dalam oven 180°, atau lebih kurang 1 jam hingga 1 jam setengah.

6. Untuk bagi ayam tidak kering atau untuk rasa moist, rerajin siram minyak or balance marinate setiap 30 minit.

7. Done, boleh hidangkan untuk yang tersayang.

Sumber resepi : Fatin Liyana

Tuesday, July 7, 2015

SEMPERIT DAHLIA SUSU

Bahan-bahan :

* 250 gm buttercup
* 1/2 tin susu pekat
* 100 gm tepung ubi
* 450 gm tepung jagung
* 1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya :

Butter dan susu pekat dipukul sehingga sebati tetapi jangan sakan sangat pukul sebab nanti masa bakar terover kembang kau.

Kemudian, campak tepung ubi dan tepung jagung yang dah diayak sikit demi sikit. Pastu bahagikan kepada dua bahagian doh yang dah diletakkan pewarna.

Boleh gunakan acuan semperit pecah 15 atau apa apa acuan janji korang bahagia. Pastu tekan atas loyang mengikut kreativiti awak.

Panaskan oven pada suhu 150c dalam tempoh masa 15 minit hingga 20 minit. Tapi apa pun bergantung kepada jangka hayat oven awak.

Dinasihatkan supaya awak buat biskut nak dekat raya sebab takut nanti pagi raya tinggal habuk kuih jew.

Selamat mencuba awak semua.

Thursday, June 25, 2015

AKU MENULIS

Aku menulis,
kerna itu lebih mudah dari berbicara,
hati aku lebih mudah dilakar begitu,
bagi aku kadang meluah melalui kata itu buat aku mati kutu,
yang terluah lebih banyak menjaga hati.


Aku menulis,
kerna ada kisah yang aku ingin ceritakan,
ada isi hati yang ingin diluahkan,
meskipun cuma satu baris tulisan,
biarpun yang paham nya cuma aku,
tak mengapa asal aku puas.


Aku menulis,
meluah pada tulisan,
bermain dengan kata kata,
kalau kau kenal aku lebih lama,
kau akan jumpa dua watak pada satu jasad yang sama.


Aku menulis,
nanti kalau kau rindu aku,
cari tulisan tulisan aku,
mana tahu ada cerita tentang kau.


Aku menulis,
entah kan tak tahu sampai bila,
selamanya,
barangkali.

Wednesday, June 24, 2015

PILIHAN

Dalam hidup,
perkara paling sukar adalah dalam membuat sebarang pilihan.


Bukan senang nak buat pilihan. 
Apatah lagi kalau benda yang berkaitan dengan benda hidup.


Kau mengadu pada Tuhan,
tapi terkadang kau sendiri masih tak yakin,
sama ada itu jawapan dari hati dan nafsu sendiri,
atau itu memang dari Tuhan.


Yelah,
sendiri sedar bukan baik mana,
sudi ke Tuhan nak sesenang nak bagi the right answer tepi telinga kan?


Payah tau kadang kadang,
end up kau baca bismillah,
then kau pilih,
kau tawakal,
whatever will be,
will be.


Benda macam gini,
benda bernyawa beb,
bukan macam nak kena pilih ABCD dalam multiple choice question.


But,
anything happen dengan pilihan kau tue,
anggap je lah tue plot cerita Tuhan dah aturkan untuk kau.


Hidup nie,
kalau mendatar je tak seronok lah beb.


Chill lah,
Tuhan itu lebih tahu.


Usaha, Takwa, Mulia.

Sunday, June 21, 2015

ABAH

Hari ini semua orang bercerita perihal bapa. Ada cerita yang mencuit hati, ada cerita yang menjentik tangkai hati. Aku sendiri tak tahu dari mana nak mula. Bagi Aku, Abah lelaki pertama Aku jatuh cinta sampai mati.


Abah,
lelaki hebat di mata Aku,
dulu mana ada Abah pasti ada Aku,
betapa Aku bertuah menjadi satu satunya anak perempuanmu.



Abah,
marahnya Aku tak tahu bila,
jangan kan jentik tinggi suara pun tak pernah,
dalam melawak dia bertegas,
dalam bergurau ada nasihat.



Abah,
makin meningkat usia makin kita jauh,
tak tahu mana silapnya,
Aku tertanya apa yang ada terbuku dalam hati tua mu,
apa yang terpendam diam di hatimu.



Abah,
kalau nanti berkalih tanggungjawab,
apa abah rindu kan anakmu ini?
rindu kan budak badut ini?



Abah,
Aku tahu ada masa teguran ku mengguris hati tua mu,
Aku rindu kan lawak jenaka,
Aku rindu kan gelak tawa,
Aku rindu berkongsi cerita,
entah kenapa sekarang seolah bukan Abah yang dulu ada di depan mata,
duduk di ruang yang sama tapi diam membisu,
Aku rindu Abah yang dulu,
rindu sangat.



Abah,
buruk baik Abah,
tulang empat kerat Abah yang membesarkan kami semua,
Aku tahu betapa Abah egonya paling teratas,
Abah tahu Abah silap,
tapi entah kenapa Tuhan belum buka kan hati Abah,
mungkin masanya belum tiba,
dan aku takkan pernah berhenti berdoa.



Abah,
anakmu ini tidak pernah menyalahkan apa yang terjadi,
mungkin Abah bersendirian berperang dengan perasaan sendiri.



Tuhan,
untuk 25 tahun ini,
Aku cuma minta Engkau berikan Aku kesabaran,
dalam membalas segala jasa dan pengorbanan Abah.
seperti mana dia bersabar dalam membesarkan Aku,
masih banyak terkurang dalam membahagiakan Abah.


Tuhan Aku pinta panjangkan kan jodoh Aku dengan lelaki ini.



Abah,
Aim sayang Abah,
sayang sangat sangat.

Sunday, April 26, 2015

IKHLAT

Ada perempuan,
dari luaran tampak biasa,
tapi dalamannya sangat dekat dengan Tuhan.


Ada perempuan,
dari luaran tampak dekat dengan Tuhan,
sedangkan dalamannya dia sangat jauh.


Nauzubillah.


Ada perempuan memang hebat dalam menutup aurat,
tampak sempurna segalanya.
bertudung labuh,
sejuk mata memandang.
ilmunya dan akhlaknya cantik.


Tapi,
kebanyakan perempuan muslimah itu gagal dalam satu perkara,
yang mana disebut sebut sebagai ikhlat.


Ya,
Terkadang ego itu memenangkan segala hujah.

Saturday, April 18, 2015

PEREMPUAN ITU

Perempuan itu,
tidak pernah bertanya lagi pada Tuhan kenapa lelaki itu pergi.


Perempuan itu,
bertekad untuk tidak memohon kepada Tuhan agar lelaki itu kembali.


Perempuan itu,
sudah tidak punya iri pada perempuan lain yang menemani bayangan lelaki itu.


Perempuan itu,
hanya bisa tersenyum,
bahkan tidak pernah berhenti tersenyum.


Hebatnya,
perempuan itu.


Dia,
tak pernah jemu tersenyum,
walhal sebenarnya hati hancur berkeping keping,
alas pipinya acapkali basah menganggu lena,
jiwa halusnya sendiri letih merintih.
ada masa dia sepi,
tapi tak ada yang tahu.


Tetap tersenyum tak jemu jemu,
sedangkan dia tahu semua itu palsu.


Perempuan itu,
aku.

Wednesday, March 11, 2015

CLASH

Terkadang putus cinta ini juga ada bagusnya.

Iyelah,
saat itulah menangis bagai nak gila,
saat itulah rasa menyesal tak sudah,
saat itulah rasa betapa kecewanya hilang cinta,
dan paling ketara,
bila terpaksa pendam segala impian dan segala angan angan.


Tapi hati ini tertanya tanya,
hubungan apa yang sesuai dipanggil selepas clash?


Remain as strangers then mulakan hidup baru,
atau strangers with memories to be exact.


Hargailah sebuah hubungan yang terputus itu,
siapa jodoh kita,
banyak mana rezeki kita,
sudah tertulis sejak dari alam rahim lagi.


Kenapa, tak percaya?


Meh sini nak bagitau sikit,
orang takkan pergi kalau dia betul betul sayang.


Takkan itupun awak tak boleh fikir.

Sunday, January 11, 2015

INI KISAH KAMI

Aku pernah ada rasa benci pada masa lalu yang mana dalamnya ada kamu.

Kerna secalit masa lalu itu,
aku jadi perit,
aku rasa cukup serik.

Tapi biar apa pun,
terima kasih untuk semua itu,
aku belajar sesuatu tentang semua itu.

Pernah ada satu ketika,
bertanya sendiri,
kenapa perlu aku ketemu lelaki seperti kamu?

Yang mana datangnya meminta minta bahagia,
Lalu saat perginya tinggalkan luka.

Jika aku punya satu peluang,
akan ku pinta hilang semuanya tentang siapa kamu,
hilang seperti mana hilangnya bayangan kamu pergi dari hidup aku.
Atau,
dulu aku biarkan saja kamu menunggu di hadapan pintu hati aku,
biarkan jemu menantikan aku.

Sama seakan aku tonyoh pemadam pada kesan dakwat pena,
dakwatnya memudar,
kesannya pastikan ada,
takkan pernah hilang,
makin dipadam kertasnya berkeromok,
lalu terkoyak,
berlubang.

Yang sama sepertimana hati aku,
yang kian rabak,
yang kalaupun pulih,
masih tetap berbekas,
masih ada.

Tapi,
kerna kita sama-sama percaya dengan aturan Sang Pencipta,
kita berjaya buktikan,
cinta yang putus ditengah jalan,
bukan tiket untuk kita lupakan sebuah ikatan persahabatan,
yang sebenarnya permulaan kisah kita dulu.

Bercerita tentang sakitnya hati,
takkan pernah berhenti.

Sekarang,
kita sama-sama pergi cari bahagia,
dengan cara kita,
kita sama-sama doa,
Tuhan permudahkan segala urusan kami,
jauhkan dari hasad dengki duniawi.