Wednesday, April 10, 2013

PUDING ROTI


Hokiehh, aku janji nie menu last aku update hokeyy. Aku taw aku giler masak lately nieh. Pas nie aku update trip pergi family day masa intern ritu kek Melaka. Aku dah takde resepi baru nak try sekarang but next next next entry tak sure okey (hahh tiga kali aku taip next, motip sangat). Puding roti nie aku teringin sangat nak makan ritu, so aku try lah buat. Tapi sedih sebab sempat makan sepotong jew, huuisshh kejam punye abg plus akak ipar aku ngap tak tinggal kat aku. Sob..sob..sob..

Aku taw macam sawan update blog plak ble tak sampai setengah hari aku update duo entry rini. Aku jumpe resepi nie kat blog si wife Ally Iskandar a.k.a Farah Lee (macam bese la kan, aku renovate cikit, kadangkala aku maen campak jew tak ikut sukatan) Nak buek camnoi mood menaip berkobar-kobar rini. Lagipun bos besau aku tak masuk. So kita enjoy!!! Okey sebelum aku merepek tak tentu arah lagi meh kita buat puding roti tue.

Bebahan dia simple plus murah jew kot.

Gula secawan
Butter  3 sudu besar
Fresh milk (aku maen tuang jew, beli yang besar sebab balance bley minum)
Roti butterscotch (sebab tue aku kurangkan butter, nak pakai roti cap tesco pun takpe)
Sebiji telur
Esen vanilla
Choco chip ( nak nampak nice sikit puding tue)



Cara dia camgini

Macam si Farah Lee nie buek, baca bismillah, selawat ya latif cikit and senyum (patut la selama nieh aku masak semua wasalam, alhamdullilah). Gunakan mangkuk @ bekas yang sesuai nak gaul bebahan. Memula masuk gula ngan butter bagi sebati, dah agak sebati korang masuk telur ngan esen vanilla.

Kemudian korang carik-carikan roti and masuk dalam mangkuk,gaul bagi mesra ngan bebahan tadi. Pastu masukkan susu segar secukup ngan kuantiti roti. Gaul semua bebahan tue bagi mesra cikit. Masa nak duk gaul tue jangan semangat sangat taw,kang tak pasai roti tue lunyai sangat. Jangan lupe nak on kan oven masa duk sibuk nak mengaul bebahan tadi.

Pastu korang lapik tray korang ngan aluminium paper supaya puding tue tak melekat masa bakar (if xda, guna butter jew kat dalam tray tue, aku kan pemalas so guna la aluminium tue). Kemudian korang tuang adunan dalam tray and tabor la choco chip atas dia (nak nampak cantik tabor chip rice yang warna warni pun takpe). Niat dihati nak tabor kepingan balance roti atas adunan tapi my hero lagi cekap sebab makan cicah milo roti tue. Saborr jew laaa.

Sementara tunggu puding tue masak dalam oven boleh lah korang sambung kemas dapur macam tongkang tue. Dalam duk mengemas tue aku teringat yang aku belum ag update entry kek batik kasih sayang (ohh kenapa kek batik kasih sayang nanti aku story k). Bila dah masak korang boley makan terus @ simpan dalam peti sejuk. Yang nie aku sempat simpan dalam peti sejuk sebab nak buat minum petang (padehal masa nak potong petang tue dah lompong puding tue, hisshh sapa punye kerja nieh). Aku buat tak ikut step sebab ikut kepala aku jew. Alah pepandai la pikir macam mana nak buat kan, janji boleh makan sudah. 



NOTE : Ramai kompius aku intern kat kilang perabot @ kat dapur Hotel Seri Mesia.

Monday, April 8, 2013

POTATO SALAD KASIH SAYANG


Sebenarnya aku memang dah lama nak try resepi nieh sejak sawan google blog makanan ritu. Tapi macam besa la, aku kan pemalas tahap gaban habaq hang, memula jew berkobar-kobar. So masa balik kg reramai ritu atas arahan diktaktor my hero " kami kan abg, so awak tue adik kena lah bertindak mengikut arahan kan". Huhh menci pulak jadi adik mungsu sekarang nie. Memula aku nipu sebab barang takde. So dengan semangat si Abin a.k.a abg Yang merempit ke kedai runcit cari barang yang releven yang boleh gunapakai. Sib baik ada adik yang kiut miut plus gojes nie rajin dalam terpakse nak tolong masak kan. (padehal bukan susah pun)

Bebahan yang aku gunapakai dalam menu kali nieh 

Ubi kentang (sila mengikut kadar tank perut si pelahap)
3 @ 4 sudu mayo (nak guna memacam jenis perisa mayo pun xpe janji halal)
1/4 juice dari sebiji lemon
3 @ 4 genggam daun bawang (bukan bawang goreng taw)
Sesudu air ( cuma nak bagi basah cikit,tak letak pun takpe)
Serbuk perasa ( pati ayam,lada sulah @ ape perisa yang releven nak letak)
Ayam cincang yang siap digoreng (nie aku saja tambah bior nampak mewah)
Baby romis ( nak letak sayuran laen pun buleh) 


Cara yang aku buat.

Ubi kentang.
Potong ala-ala saiz dadu (biar senang nak ngap). Rebus dengan sedikit garam atas api and biar mereka bercengkerama dalam periuk tue sampai lembut dan gebu, jangan sampai lunyai sudahlah. Lepaih tue toskan mereka sebentar okey. 

Adunan bebahan laen. 
Guna mangkuk atau bekas yang besar supaya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara bebahan ngan kentang nanti. Campurkan mayo, lemon juice,air,serbuk perasa and gaul sampai sebati. Kemudian, masuk kentang yang dah tos tadi and gaul sambil nari gerudi inul pun takpe janji diorang sebati bukan lunyai taw. 

Hiasan.
Time nak ngap, korang taburlah daun bawang tadi bagi nampak mewah and ayam tadi supaya terserlah kesedapan yang berganda. Korang boley jew simpan dalam peti sejuk beberapa jam. Tapi oleh kerana my hero sekalian kurang tahap sabar so lepaih aku buat terus ngap selamat bertapa dalam perut diorang. Sampai bonda aku bising sebab nasi dia takde sapa nak makan. Mau tak kenyang dah aku buat dekat 10 biji kentang yang boley tahan gemuknyer selamat diorang telan dalam senafas jew. Kenyang lagi berkhasiat taw. Tapi kalau korang still boley baham makan nasi lepaih makan benda alah nie, aku sarankan korang g jumpe ustad terdekat mintak nasihat.



Note : See sapa cakap air tangan ibu ngan isteri jew penambat si suami ngan anak, niehh penangan air tangan adik mungsu sapa nak tolong jawab.