Sebenarnya aku memang dah lama nak try resepi nieh sejak sawan google blog makanan ritu. Tapi macam besa la, aku kan pemalas tahap gaban habaq hang, memula jew berkobar-kobar. So masa balik kg reramai ritu atas arahan diktaktor my hero " kami kan abg, so awak tue adik kena lah bertindak mengikut arahan kan". Huhh menci pulak jadi adik mungsu sekarang nie. Memula aku nipu sebab barang takde. So dengan semangat si Abin a.k.a abg Yang merempit ke kedai runcit cari barang yang releven yang boleh gunapakai. Sib baik ada adik yang kiut miut plus gojes nie rajin dalam terpakse nak tolong masak kan. (padehal bukan susah pun)
Bebahan yang aku gunapakai dalam menu kali nieh
Ubi kentang (sila mengikut kadar tank perut si pelahap)
3 @ 4 sudu mayo (nak guna memacam jenis perisa mayo pun xpe janji halal)
1/4 juice dari sebiji lemon
3 @ 4 genggam daun bawang (bukan bawang goreng taw)
Sesudu air ( cuma nak bagi basah cikit,tak letak pun takpe)
Serbuk perasa ( pati ayam,lada sulah @ ape perisa yang releven nak letak)
Ayam cincang yang siap digoreng (nie aku saja tambah bior nampak mewah)
Baby romis ( nak letak sayuran laen pun buleh)
Cara yang aku buat.
Ubi kentang.
Potong ala-ala saiz dadu (biar senang nak ngap). Rebus dengan sedikit garam atas api and biar mereka bercengkerama dalam periuk tue sampai lembut dan gebu, jangan sampai lunyai sudahlah. Lepaih tue toskan mereka sebentar okey.
Adunan bebahan laen.
Guna mangkuk atau bekas yang besar supaya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara bebahan ngan kentang nanti. Campurkan mayo, lemon juice,air,serbuk perasa and gaul sampai sebati. Kemudian, masuk kentang yang dah tos tadi and gaul sambil nari gerudi inul pun takpe janji diorang sebati bukan lunyai taw.
Hiasan.
Time nak ngap, korang taburlah daun bawang tadi bagi nampak mewah and ayam tadi supaya terserlah kesedapan yang berganda. Korang boley jew simpan dalam peti sejuk beberapa jam. Tapi oleh kerana my hero sekalian kurang tahap sabar so lepaih aku buat terus ngap selamat bertapa dalam perut diorang. Sampai bonda aku bising sebab nasi dia takde sapa nak makan. Mau tak kenyang dah aku buat dekat 10 biji kentang yang boley tahan gemuknyer selamat diorang telan dalam senafas jew. Kenyang lagi berkhasiat taw. Tapi kalau korang still boley baham makan nasi lepaih makan benda alah nie, aku sarankan korang g jumpe ustad terdekat mintak nasihat.
Note : See sapa cakap air tangan ibu ngan isteri jew penambat si suami ngan anak, niehh penangan air tangan adik mungsu sapa nak tolong jawab.
No comments:
Post a Comment