Sini bukan tempat kau baling segala nista.
Bukan tempat kau lempar jerit pekik maki hamun.
Tempat kau ludah sesuka hati.
Bukan sini.
Sini bukan tempat kau conteng sesuka hati.
Dinding ini bertuan.
Dan tuan itu aku.
Sudah sopek sana sini.
Retak beribu-ribu.
Tak perlu lagi.
Tak perlu datang sini.
Kau salah arah tuju.
Cuba kau intai dinding kau.
Sana kau pergi.
Barangkali perlu cuci.
Sental sepayah daya kalau mahu hilang segala daki.
Tampal yang mana ada rompong.
Ini dinding aku.
Biar aku tentukan lukisan apa disini.
Sopek tak kisah kerna itu seni.
Beribu retak sekalipun apa kau peduli.
Pergi sana.
Tak perlu kemari lagi.
Pergi sana jaga dinding kau.
Sini aku punya.
Jangan cuba kau sentuh.
Ini, dinding aku.
Friday, May 31, 2013
Tuesday, May 21, 2013
SENASKAH BUKU
Berderet naskah buku tersusun rapi dalam sebuah rak. Aku pilih setiap satu dan terus baca. Walaupun plot cerita setiap naskah itu berbeza. Namun aku terus menghayati dan memahaminya.
Ada masa aku terleka dengan setiap naskah yang aku buka. Ada masa permainan emosi bertelagah melahirkan kerutan di wajah,
"Kenapa masih baca pada naskah yang sama"
"Aku cuba menghayati kisah dari naskah ini, biar naskahnya hilang, tak mengapa, kerna aku pernah baca jalan ceritanya"
Aku letak naskah itu disitu. Mungkin satu masa nanti aku akan kembali menyelak setiap helaiannya. Aku capai naskah lain. Aku buka dan baca kisahnya.
Saturday, May 11, 2013
KEK BATIK KASIH SAYANG
Kenapa nama dia Kek Batik Kasih Sayang sebab Husin yang bagi nama nie. Actually Cik Bulat buat dengan Si Kurus masa last semester ( giler lama baru update entry) sebab teringin sangat nak makan. Kalau beli mahai kot, dah la cenonet jew dapat makan.
Memula nak buat cukup-cukup perut housemate jew. Tetiba masa tengah masak tue terlebih masuk bebahan so terus habiskan setong biskut yang ada (sebab aku masak mane pernah ikut sukatan tapi lebih kepada ikut suka). Tapi takpe sebab Si kurus cakap nie namanyer rezeki terpijak kengkawan laen (^.^)
Cik Bulat : Kamu datang rumah secepat mungkin, nieh ada rezeki lebih cikit.
Husin : Korang masak apa nieh.
Cik Bulat : Kek batik jew, tapi lau tak sedap sorry lah sebab kami maen taram jew.
Husin : Tak sedap pun kami telan jugak. Takpe im if masak penuh kasih sayang, yang tak sedap pun rasa sedap.
Cik Bulat : Takpe lau sakit perut minta ubat kat Zahid (^.^)
See sebab tue nama dia Kek Batik Kasih Sayang (giler nama nak gojez sokmo). Ok sebelum makin merepek meh kita usha bebahan and cara nak buat benda alah nie.
Bebahan yang disenarai guna ialah :
*Biskut Marie (tak kisah brand apa janji biskut)
*Serbuk Milo (guna ikut banyak mana biskut guna)
*Serbuk Coklat ( terpulang nak guna atau tak, nie aku saja tambah)
*Sebiji telur (tak guna pun takpe)
*Esen Vanilla (bagi bau sodap cikit)
*Seketul Butter (lau guna buttercup pakai half pun ok,tapi lau nak masak banyak guna la banyak)
*Susu Pekat (pakai 1/4 tin, lau rasa nak manis tahap potong kaki guna setin pun takpe)
Cecara nak buat dia nie :
Memula cairkan butter atas dapur dalam periuk yang boley masuk kuantiti biskut. Pastu masukkan serbuk coklat, milo, telur, esen vanilla,susu pekat. Hah campak semua tue dalam periuk tue. Kena kacau lelaju taw sebab nanti takut diorang yang dalam periuk tue berketul-ketul. Kang huduh tak pasal jew kek batik korang.
Bila nampak macam dah masak and dah tak berketul-ketul korang tutup api dapur. Angkat periuk tue duk atas lantai or meja then masukkan biskut yang dah siap korang patah riuk kan dalam periuk tue. Gaul bagi mesra alam diorang dalam periuk tue bagi semua biskut tue kena dengan campuran yang dah masak tadi (kalau..nie kalau korang rajin and gigih korang boley jew susun biskut tue dalam loyang or bekas tapi kena cepat sebab benda nie cepat keras..sebab tue aku cakap KALAU).
Lau nak nampak mewah and sedap boley tabur kekacang or serbuk nestum ke, takpun serbuk kopi pun boleh (tampar mulut tumbuk perut) atas kek tue. Lepas tue korang simpan dalam peti ais bagi keras cikit (if anda manusia yang tak boley tahan sabar sila duduk jauh dari kawasan dapur sebab potensi untuk jadi jaga peti ais adalah tinggi). Lepas tue boleh makan dengan air milo panaih balance buat kek nieh tadi. Kalau buat banyak tue jangan lupe sedekah kat kengkawan. Besar pahalanyer tue.
Note : Makan..Makan..Makan..Saya suka..Saya suka..Iiihikk
Subscribe to:
Posts (Atom)