Showing posts with label JIWA. Show all posts
Showing posts with label JIWA. Show all posts

Saturday, March 18, 2017

ISTIKHARAH, ATAU RASA BERSALAH?

Entah kenapa hati ini sedikit resah,
jiwa ini bagai terbelah.

Yang mana kedua duanya telah singgah,
yang satu diterima kerana maruah,
yang satu tiba tiba datang menerjah.

Pilihan itu sendiri seakan terasa payah,
mana satu yang harus dipilih,
istikharah,
atau rasa bersalah?
.
.
.
.
.

18 Mac 2017
08:55 p.m.
No 579, KPJ Klang.

Thursday, December 1, 2016

BESI

"Kita perempuan, seharusnya jadi besi". - katanya.

Lalu perempuan perempuan lain memandangnya kagum.

Kemudian dia berlalu pergi,
dan tak sengaja bertemu manusia yang mengingatkan masa lalu,
masing masing terpaku,
lalu dia memilih untuk terus berlalu,
bersembunyi dan menyendiri,
dan akhirnya menangis sendiri.

"Kerana kita perempuan, lalu bagaimana mahu jadi besi". - dia mempersoalkan kembali kata katanya tadi.

Kadang apa yang diluahkan,
ada masa tak sama dengan apa yang kita rasa.

Begitulah,
biasanya.
.
.
.
.
.

1 Disember 2016
08:36 p.m.
Rantau Panjang, Klang, Malaysia.

SUARA IMAN

Dunia,
hakikatnya sangat menyakitkan jiwa.


Aku pernah mencintai dunia,
dan berkali kali juga Aku kecewa. 


Ada ketika,
Aku menangis serupa apa,
bilamana apa yang Aku mahu kan didunia tak sempat Aku punya.


Yang mana akhirnya,
Aku sendiri sedar dari lena.


Untuk apa kesedihan kalau hanya semata mata kerana dunia,
sedangkan Aku masih punya dunia di dalam jiwa.


Gagal berkali kali,
terasa tak lagi dihargai,
acapkali dilupai,
rasa menyendiri,
malah perubahan yang dilakukan kerana Tuhan diragui,
jujurnya semua ini buat Aku terasa hati. 


Tapi,
setiap kali jiwa Aku rasa begini, 
seakan ada suara yang memujuk hati.


Dan ia berkata,
Tuhan tak pandang setiap kegagalan Kamu di dunia,
kerna itu adalah sebaik baik rencanaNYA.


Biar tiada manusia yang menghargai Kamu,
cukuplah punya Tuhan yang tak pernah jemu memandang Kamu.


Biarkan juga setiap keringat Kamu acapkali dilupakan,
asalkan ia kekal tercatat di dalam buku amalan. 


Jangan Kamu merasakan keseorangan,
tanya pada diri semula,
bukankah Kamu tak pernah ditinggalkan Tuhan?


Biar setiap perubahan yang Kamu perjuangkan kerana Tuhan diragui,
Kamu masih punya syurga sedang melambai lambai.


Jangan menangis kerana dunia,
air matamu terlalu berharga dibazirkan,
apatah lagi untuk dunia yang hanya sementara ini.


Dan,
itulah suara iman.
.
.
.
.
.
1 Disember 2016
00:55 p.m
Petaling Jaya, Malaysia.

Wednesday, December 2, 2015

PRETEND

Agaknya lumrah hidup manusia memang begitu,
sindrom pretend ni dah macam satu hits trend.


"Eh, betullah aku okay je."- #pretendokay


"Dia ni lah, hihihihihi kelakar nau lah."- #pretendhappy


"InshaaAllah, kita doa yang baik baik. Moga moga Allah permudahkan semua urusan."- #pretendbersangkabaikdenganTuhan


"Kau apehal wei? Aku kan dah cakap tak suka kau, gigih nak paksa paksa aku apehal."- #pretendmeluat


"Em. Yeke? Ouh okay lah. Ikutlah macam mana mana pun. Aku okay je."- #pretendsetuju


"Entah. Aku sendiri pun tak paham kenapa dengan aku ni, haihhh serabut perut lah fikir."- #pretendkeliru


But deeply inside,
kita tak okay,
kita tak happy,
kita sering ingat Tuhan dah campak kita entah ke mana,
kita suka malu malu,
kita protes dalam diam,
kita lagi kenal siapa diri kita.


Tapi kenapa kita memilih untuk be pretend?


Sebab terkadang,
hati kita sendiri pun kita tak seberapa nak percaya apa yang kita mahu sebenarnya.


Kita sendiri tak pasti apa yang kita rasa,
atau mungkin pun kita pasti,
tapi tetap memilih untuk be pretend.


Because no one ever care what you feel,
what you have gone through,
what makes you hurt,
what makes you so fragile,
no one ever care.
And,
'Pretend' just the best way to keep it your feelings,
suffers or regrets safely inside,
because no one gotta know.


And to me,
even they know,
they just DONT CARE.


So,
aku rasa orang yang tak pretend ni lagi sengsara dari orang yang pretend.


Firstly,
he show his depressness but no one care.


Second,
he depressed because ( repeat read the first).


Makanya,
korang pulak guane?

Thursday, June 25, 2015

AKU MENULIS

Aku menulis,
kerna itu lebih mudah dari berbicara,
hati aku lebih mudah dilakar begitu,
bagi aku kadang meluah melalui kata itu buat aku mati kutu,
yang terluah lebih banyak menjaga hati.


Aku menulis,
kerna ada kisah yang aku ingin ceritakan,
ada isi hati yang ingin diluahkan,
meskipun cuma satu baris tulisan,
biarpun yang paham nya cuma aku,
tak mengapa asal aku puas.


Aku menulis,
meluah pada tulisan,
bermain dengan kata kata,
kalau kau kenal aku lebih lama,
kau akan jumpa dua watak pada satu jasad yang sama.


Aku menulis,
nanti kalau kau rindu aku,
cari tulisan tulisan aku,
mana tahu ada cerita tentang kau.


Aku menulis,
entah kan tak tahu sampai bila,
selamanya,
barangkali.

Saturday, April 18, 2015

PEREMPUAN ITU

Perempuan itu,
tidak pernah bertanya lagi pada Tuhan kenapa lelaki itu pergi.


Perempuan itu,
bertekad untuk tidak memohon kepada Tuhan agar lelaki itu kembali.


Perempuan itu,
sudah tidak punya iri pada perempuan lain yang menemani bayangan lelaki itu.


Perempuan itu,
hanya bisa tersenyum,
bahkan tidak pernah berhenti tersenyum.


Hebatnya,
perempuan itu.


Dia,
tak pernah jemu tersenyum,
walhal sebenarnya hati hancur berkeping keping,
alas pipinya acapkali basah menganggu lena,
jiwa halusnya sendiri letih merintih.
ada masa dia sepi,
tapi tak ada yang tahu.


Tetap tersenyum tak jemu jemu,
sedangkan dia tahu semua itu palsu.


Perempuan itu,
aku.

Wednesday, March 11, 2015

CLASH

Terkadang putus cinta ini juga ada bagusnya.

Iyelah,
saat itulah menangis bagai nak gila,
saat itulah rasa menyesal tak sudah,
saat itulah rasa betapa kecewanya hilang cinta,
dan paling ketara,
bila terpaksa pendam segala impian dan segala angan angan.


Tapi hati ini tertanya tanya,
hubungan apa yang sesuai dipanggil selepas clash?


Remain as strangers then mulakan hidup baru,
atau strangers with memories to be exact.


Hargailah sebuah hubungan yang terputus itu,
siapa jodoh kita,
banyak mana rezeki kita,
sudah tertulis sejak dari alam rahim lagi.


Kenapa, tak percaya?


Meh sini nak bagitau sikit,
orang takkan pergi kalau dia betul betul sayang.


Takkan itupun awak tak boleh fikir.

Monday, December 1, 2014

PENAT

Aku dah sedia nak berlari pergi,
sudah sedia untuk angkat kaki,
sudah jelas ke mana mahu lari.

Tiba-tiba kau datang ke mari,
berlari datang,
lalu buat aku tak jadi pergi,
terdiam tak berkelip.

Boleh tak jangan main sorok-sorok,
main tarik tali.

Sekejap datang,
kemudian pergi.

Hati ini sudah penat tahu?

Friday, February 21, 2014

TUHAN ADA


Dan ingatlah,
bilamana kau khabarkan pada Tuhanmu,
bahawa kau sudah penat berlari. 

Adakah ketika itu penatnya cuma pada kaki?
aku rasa kau penat cuma pada hati.

Berdoalah.
Allah sedia ada, 
Dia akan cabut segala rasa penat dan kecewa,
lantas saja,
kau akan bisa tersenyum.

Tuhan ada.
cuba kau rasa.








Friday, September 20, 2013

LUKA

Luka meskipun sudah kering luka.

Cuba kau siat kulit kering tue, 
kalaupun tak berdarah pedih mungkin kan terasa.

Kulit kering tue kekadang memang leka kalau disiat pelahan. 

Tapi sampai bila?

Tiap kali kering kau siat, 
lelama berparut jugak.

Macam tue jugak hati kita. 

Kau dah tahu sakitnya luka semalam, 
tapi degil jugak nak kopek.

Kau sendiri dah rasa pedih semalam.

Kenapa hari ini nak rasa lagi.

Darah luka kalau dilap memang kan kering.

Tapi sampai bila?

Biarkan berparut, 
biarkan bertanda.

Cukup bila kau pandang,
kau dah pernah rasa sakit,
rasa pedih.

Biarpun parut tue orang lain kan sedar, 
tapi sakit tue kau sorang yang rasa.

Biarpun luka kau serupa orang lain, 
biarpun luka diruang badan yang sama,
tapi rasa sakit dia takkan pernah sama.

Takkan.

Monday, September 2, 2013

LANGKAH

Deras mana kita melangkah.
Pastikan ada jua sumbingnya.

Berhenti, toleh kebelakang.
Masih belum jauh kedepan.

Masih punya masa untuk kau ubah apa yang tak kena.
Jangan cuba untuk mengundur.
Itu memang mustahil.

Kau,
Cuma perlu kedepan dan kedepan.
Apa yang kau lewati biarkan sepi.
Jangan rasa goyah.
Maju saja kedepan sana.

Cuma satu perlu kau ubah.

Arah.
Ya, arah langkah itu.
Kiri atau kanan?
Atau kau mahu lekas terus kedepan.
Tanpa perlu diubah apa.

Masih punya pilihan kemana untuk kau seret kaki itu.
Jika rasa keliru, jangan cepat melatah.

Istikharah.
Sujud pada dia.
Minta pada DIA, in shaa Allah.

Jika DIA tak beri yang kau minta.
Pasti DIA beri yang terbaik untuk kau.

Langkah itu milik kau, pergi saja dimana, asalkan jiwa kau masih bernadi.

Monday, July 29, 2013

LARI

Kita sanggup berpenat lelah mengejar sesuatu yang bukan milik kita.
Hatta lebih jelas lagi yang tidak sedar akan kewujudan kita.

Berlari dan terus lari.
Saat hati dan otak tidak selari.
Penat lelah biarkan pergi.
Apa yang pasti sesuatu itu dapat dikecapi.

Apa tiada rasa bodoh dalam diri.
Cuba mengenggam yang belum pasti.
Bukankah semua itu mendatangkan rugi.

Cuba berhenti sebentar.
Kesat peluh, tarik nafas sepenuh rongga, 
lalu lepaskan pelahan-lahan.
Tenang bukan.

Ambil sebanyak mana masa hapuskan lelah.
Cuba toleh kebelakang kita.
Lihat apa adanya dibelakang sana.

Tak semua yang ada di depan sana milik kita.
Tak semua yang di belakang sana tak berguna.

Berhentilah mengejar.
Berhenti dan belajar.
Belajar menanti apa yang ada di belakang sana.

Cuma sabar menanti, mudah bukan.

Friday, May 31, 2013

DINDING

Sini bukan tempat kau baling segala nista.
Bukan tempat kau lempar jerit pekik maki hamun.
Tempat kau ludah sesuka hati.
Bukan sini.

Sini bukan tempat kau conteng sesuka hati.
Dinding ini bertuan.
Dan tuan itu aku.

Sudah sopek sana sini.
Retak beribu-ribu.

Tak perlu lagi.

Tak perlu datang sini.
Kau salah arah tuju.
Cuba kau intai dinding kau.
Sana kau pergi.

Barangkali perlu cuci.
Sental sepayah daya kalau mahu hilang segala daki.
Tampal yang mana ada rompong.

Ini dinding aku.
Biar aku tentukan lukisan apa disini.
Sopek tak kisah kerna itu seni.
Beribu retak sekalipun apa kau peduli.

Pergi sana.
Tak perlu kemari lagi.
Pergi sana jaga dinding kau.

Sini aku punya.
Jangan cuba kau sentuh.

Ini, dinding aku.