Sini bukan tempat kau baling segala nista.
Bukan tempat kau lempar jerit pekik maki hamun.
Tempat kau ludah sesuka hati.
Bukan sini.
Sini bukan tempat kau conteng sesuka hati.
Dinding ini bertuan.
Dan tuan itu aku.
Sudah sopek sana sini.
Retak beribu-ribu.
Tak perlu lagi.
Tak perlu datang sini.
Kau salah arah tuju.
Cuba kau intai dinding kau.
Sana kau pergi.
Barangkali perlu cuci.
Sental sepayah daya kalau mahu hilang segala daki.
Tampal yang mana ada rompong.
Ini dinding aku.
Biar aku tentukan lukisan apa disini.
Sopek tak kisah kerna itu seni.
Beribu retak sekalipun apa kau peduli.
Pergi sana.
Tak perlu kemari lagi.
Pergi sana jaga dinding kau.
Sini aku punya.
Jangan cuba kau sentuh.
Ini, dinding aku.
No comments:
Post a Comment