Monday, December 1, 2014

PENAT

Aku dah sedia nak berlari pergi,
sudah sedia untuk angkat kaki,
sudah jelas ke mana mahu lari.

Tiba-tiba kau datang ke mari,
berlari datang,
lalu buat aku tak jadi pergi,
terdiam tak berkelip.

Boleh tak jangan main sorok-sorok,
main tarik tali.

Sekejap datang,
kemudian pergi.

Hati ini sudah penat tahu?

Monday, November 17, 2014

AWAK SUKA ORANG YANG MACAM MANA?

"Awak.."

"Ya?"

"Can I ask you?"

"Yup."

"Awak suka lelaki macam mana eh?"

Sumpah aku sendiri pun keliru. Kenapa perlu tanya aku soalan macam nie.

"Entah, tak tahulah."

"Oh ya, okehh. Saya rasa, saya tahu."

Pelik, macam mana ada orang lagi tahu pasal aku daripada aku?

Lepas dari pertanyaan itu, 
aku lagi keliru. 

Kenapa dia macam dah jadi orang baru.

Kalau dia tanya aku sekarang, 
mungkin jawapan aku suka kan dia yang dulu.

Sekarang dah lain, 
rasa macam jumpa jasad yang sama tapi perasaan yang baru.

Cuma aku yang masih sama, 
perasaan aku takde untuk kamu.

Sudahlah, 
jadi saja diri kamu yang dulu.

Thursday, October 30, 2014

SILAP LALU

Kita belajar lupakan silap lalu,
cuba buka buku baru.

Lupa pula pada mata mata masa lalu,
malu bila dia ingat silap kita berdua masa lalu.

Sedang kita buka cerita baru,
dengan orang baru,
dengan cara Tuhan lebih restu.

Mereka singkap satu demi satu silap dulu,
Allah, 
malunya Tuhan saja yang tahu.

Terkulat-kulat malu,
bila bersua terkenang cerita dulu,
ada baik, ada yang buruk laku.

Betapa dulu terlalu leka dengan nafsu,
terlalu rasa ingin tahu,
terlalu teruja cuba sesuatu yang baru.

Tuhan,
aku mohon jagakan aib kami yang dulu, 
kami mahu kisah yang baru, 
dengan orang baru.

Betapa aku takut bercakap tentang baiknya Sang Pencipta,
bila orang melihat siapa aku dulu.

Monday, October 20, 2014

PERASAAN

"Aku ada member yang single lagi, nak tak berkawan dulu".

"Akak ada adik angkat yang tengah cari someone, adik nak akak kenalkan?".

"Makcik ada anak lelaki, baru beli rumah, dah ada kereta, kerja pun bagus, bolehlah kamu try, makcik berkenan nak buat kamu menantu".

"Sampai bila kamu nak patah hati, hidup mesti diteruskan, yang dah lepas biar jadi kenangan, hidup nie kena move on".

Allah,
senangnya kalau semua itu semudah kata.

Betapa Aku berharap semudah itu jua perasaan bergolek ke hati setiap lelaki yang muncul membawa hati.

Friday, October 17, 2014

TERPULANGLAH

Jelas ternyata ini yang kau mahu,
sudah pergilah takkan ku rayu,
tak perlu ungkit lagi kisah dulu,
itu semua tiada erti.

Mana perginya kata-kata setia?

Mana pergi susah senang bersama?

Jatuhku sendiri kau pun pergi.

Terpulanglah,
sungguh aku lelah tak peduli lagi.

Terpulanglah,
tiada lagi satu di hati.

Namun,
takkan ku sesali,
dengan apa yang terjadi,
teruskanlah jangan kembali.

Berikan tepukan gemuruh,
pada dia yang bersungguh-sungguh.

Aku disini hanya tersenyum,
dan,
biarkan dia berlalu.

Sunday, October 12, 2014

BELUM SEDIA

Macam mana nak mulakan semuanya semula,
macam ada yang tak kena.

Masing-masing diamkan saja,
tertanya siapa yang menjadi si pembuka.

Atau,
mungkin juga betul kata bonda.

"Mungkin masing-masing belum sedia".

Tuhan sedang bagi masa,
cara bagaimana mahu rencana,
masa itu akan tiba.

Cuma perlu doa,
perlu sabar,
moga-moga di atas sana kabulkan segala doa.

Moga-moga,
ada sesuatu diantara dia dan aku.

Friday, July 4, 2014

KAKAK

Aku dibesarkan dengan tiga orang abang dan aku si bongsu. Aku sudah terbiasa jadi sekuntum bunga diantara kumbang-kumbang. Aku sudah terbiasa dimanja, dibuli biarpun kadang-kadang rasa bebal dihati. 

Tapi sekarang aku tahu, punya kakak lagi bertambah indah. Ada orang kata bila ada kakak atau adik perempuan perasaan cemburu, iri hati dan dengki akan senyap-senyap muncul. Itu aku tak tahu sebab bukan aku pernah rasa. 

Aku cuma rasa teruja bila Tuhan rezekikan aku punya kakak orang lain yang sudi jadikan aku seperti adik mereka sendiri. Tapi aku tahu, Tuhan dengarkan doa aku yang mana aku bisa punya kakak yang boleh ada dengan aku bila aku perlu. Tuhan bukan kurniakan aku bukan cuma satu kakak tapi tiga semuanya.

Ya Tuhan, 
sesungguhnya aku bersyukur segala nikmat yang Kau berikan ini,
Aku dapat tiga dan bukan satu. 

Namun, 
Tuhan datangkan setiap satu dengan seribu satu kelebihan, kelemahan malahan kekuatan. Aku dapat lihat jatuh bangun mereka depan mata aku. Setiap satu dugaan yang Tuhan sudah tentukan untuk mereka. 

Aku punya tiga kakak, 
tapi jujurnya aku lebih rapat yang kedua biarpun yang ketiga muncul dulu keluarga aku. 

Mungkin ada persamaan kami yang sama buat kami senang sekepala. Bukan bermakna yang pertama dan kedua tak sebulu, cuma aku lagi selesa dengan kedua. 

Namun, 
jauh disudut hati aku, 
kesemuanya aku sayang, 
aku hormat, 
dan aku rasa sangat perlu. 

Ada masa memang ada yang tak sebulu, 
ada yang tak seteru,
tapi aku tahu, 
Tuhan itu lebih tahu. 

Cuma sekarang aku rasa rindu, 
rasa rindu macam dulu-dulu, 
rasa rindu yang aku sendiri tahu aku perlu. 

Ada masa aku keliru mana satu salah aku, 
mana satu aku terlepas laku. 

Cuma aku kelu, 
sama ada ini salah aku, 
atau hati sekeras batu, 
mahupun ego setiap satu. 

Kakak,
Tuhan sahaja tahu betapa rasa rindu ini menghimpit aku.