Friday, October 17, 2014

TERPULANGLAH

Jelas ternyata ini yang kau mahu,
sudah pergilah takkan ku rayu,
tak perlu ungkit lagi kisah dulu,
itu semua tiada erti.

Mana perginya kata-kata setia?

Mana pergi susah senang bersama?

Jatuhku sendiri kau pun pergi.

Terpulanglah,
sungguh aku lelah tak peduli lagi.

Terpulanglah,
tiada lagi satu di hati.

Namun,
takkan ku sesali,
dengan apa yang terjadi,
teruskanlah jangan kembali.

Berikan tepukan gemuruh,
pada dia yang bersungguh-sungguh.

Aku disini hanya tersenyum,
dan,
biarkan dia berlalu.

Sunday, October 12, 2014

BELUM SEDIA

Macam mana nak mulakan semuanya semula,
macam ada yang tak kena.

Masing-masing diamkan saja,
tertanya siapa yang menjadi si pembuka.

Atau,
mungkin juga betul kata bonda.

"Mungkin masing-masing belum sedia".

Tuhan sedang bagi masa,
cara bagaimana mahu rencana,
masa itu akan tiba.

Cuma perlu doa,
perlu sabar,
moga-moga di atas sana kabulkan segala doa.

Moga-moga,
ada sesuatu diantara dia dan aku.

Friday, July 4, 2014

KAKAK

Aku dibesarkan dengan tiga orang abang dan aku si bongsu. Aku sudah terbiasa jadi sekuntum bunga diantara kumbang-kumbang. Aku sudah terbiasa dimanja, dibuli biarpun kadang-kadang rasa bebal dihati. 

Tapi sekarang aku tahu, punya kakak lagi bertambah indah. Ada orang kata bila ada kakak atau adik perempuan perasaan cemburu, iri hati dan dengki akan senyap-senyap muncul. Itu aku tak tahu sebab bukan aku pernah rasa. 

Aku cuma rasa teruja bila Tuhan rezekikan aku punya kakak orang lain yang sudi jadikan aku seperti adik mereka sendiri. Tapi aku tahu, Tuhan dengarkan doa aku yang mana aku bisa punya kakak yang boleh ada dengan aku bila aku perlu. Tuhan bukan kurniakan aku bukan cuma satu kakak tapi tiga semuanya.

Ya Tuhan, 
sesungguhnya aku bersyukur segala nikmat yang Kau berikan ini,
Aku dapat tiga dan bukan satu. 

Namun, 
Tuhan datangkan setiap satu dengan seribu satu kelebihan, kelemahan malahan kekuatan. Aku dapat lihat jatuh bangun mereka depan mata aku. Setiap satu dugaan yang Tuhan sudah tentukan untuk mereka. 

Aku punya tiga kakak, 
tapi jujurnya aku lebih rapat yang kedua biarpun yang ketiga muncul dulu keluarga aku. 

Mungkin ada persamaan kami yang sama buat kami senang sekepala. Bukan bermakna yang pertama dan kedua tak sebulu, cuma aku lagi selesa dengan kedua. 

Namun, 
jauh disudut hati aku, 
kesemuanya aku sayang, 
aku hormat, 
dan aku rasa sangat perlu. 

Ada masa memang ada yang tak sebulu, 
ada yang tak seteru,
tapi aku tahu, 
Tuhan itu lebih tahu. 

Cuma sekarang aku rasa rindu, 
rasa rindu macam dulu-dulu, 
rasa rindu yang aku sendiri tahu aku perlu. 

Ada masa aku keliru mana satu salah aku, 
mana satu aku terlepas laku. 

Cuma aku kelu, 
sama ada ini salah aku, 
atau hati sekeras batu, 
mahupun ego setiap satu. 

Kakak,
Tuhan sahaja tahu betapa rasa rindu ini menghimpit aku.

Wednesday, April 16, 2014

KITA CUMA SI PEMINJAM


Kita manusia yang merancang dengan cita-cita,
sedangkan Tuhan dengan cinta. 

Kita manusia yang sentiasa lupa,
bahawa aturan Tuhan itu sentiasa melebihi harapan insani.

Kita manusia acapkali meminta-minta pada Tuhan tanpa hentinya,
sedangkan Tuhan beri yang tak selari dengan permintaan kita,
kita cuma peminta, tapi Tuhan penentu segalanya.

Segala yang kita ada,
cuma pinjaman,
cuma kesementaraan.

Segala macam nikmat,
segala macam rezeki,
segala-galanya termasuk juga perasaan.

Dan kalau sudah namanya pinjam, 
maka bila sudah tiba masanya semua itu harus dipulangkan,
sedia atau tidak,
kita kena reda.

Malah,
perasaan itu juga harus dipulangkan semula,
itu bukan selamanya milik kita,
tapi DIA.

Saturday, April 5, 2014

DIALOG DENGAN TUHAN


Bunyi macam klise sangatkan?

Pejamkan erat kelopak matamu sayang.
dan,
Mula luahkan apa ada yang terendam dalam benak hatimu.

" Allah, hari ini aku penat sangat."

" Allah, aku masih punya banyak perkara yang masih tertangguh lagi."

" Allah, ada masa hati aku rasa kosong, jiwa aku rasa sunyi."

" Allah, ada masa aku menangis mengenang silap aku pada mataMu."

" Allah, ada masa aku rasa penat untuk bangun kerna aku sudah banyak kali terjatuh."

" Allah, ada ketika aku menyalahkanMu kerna Kau uji sesuatu yang aku rasa tak mampu aku pikul."

" Allah, ada masa hati aku lelah, terlalu lelah untuk semuanya Ya Allah."

Kau akan rasa ketenangan yang teramat-amat, 
Terasa meremang seluruh tubuh saat nama Tuhan terbit dibibirmu.

Apa lagi yang hati inginkan kalau bukan ketenangan kurniaan Tuhan?

Pada dikau yang hati bersepai, jiwa terkapai.
Untuk hati kau yang bersarat luka,

Cubalah,
Tuhan rindukan rintihanmu yang sentiasa ada DIA.

Friday, February 21, 2014

TUHAN ADA


Dan ingatlah,
bilamana kau khabarkan pada Tuhanmu,
bahawa kau sudah penat berlari. 

Adakah ketika itu penatnya cuma pada kaki?
aku rasa kau penat cuma pada hati.

Berdoalah.
Allah sedia ada, 
Dia akan cabut segala rasa penat dan kecewa,
lantas saja,
kau akan bisa tersenyum.

Tuhan ada.
cuba kau rasa.








Thursday, January 23, 2014

PEGANG AKU

Pegang aku jika kau rasa sisi kau perlu aku.
Pegang aku erat dalam tiap rintih doamu.

Pegang aku jika kau tagihkan sayang aku.
Pegang aku kalau cinta aku terlambak cuma pada kau satu.
Pegang aku untuk bahagia biar hebat mana jatuh bangun kita.

Pegang aku,
bila yang diatas sana takdirkan kau peneman aku disana nanti.
sama-sama untuk kita lepak disana selamanya.

Cuma,
ada kau dan aku.

Begitupun sebaliknya,

Bila aku takut kau pergi, 
pergi jauh dari genggaman aku,

Aku cuma mampu,
menggenggam erat dirimu dalam setiap doaku.

Kerna,
segalanya terletak ditanganmu.

Pegang aku,
atau lepaskan aku.