Saturday, April 5, 2014
DIALOG DENGAN TUHAN
Bunyi macam klise sangatkan?
Pejamkan erat kelopak matamu sayang.
dan,
Mula luahkan apa ada yang terendam dalam benak hatimu.
" Allah, hari ini aku penat sangat."
" Allah, aku masih punya banyak perkara yang masih tertangguh lagi."
" Allah, ada masa hati aku rasa kosong, jiwa aku rasa sunyi."
" Allah, ada masa aku menangis mengenang silap aku pada mataMu."
" Allah, ada masa aku rasa penat untuk bangun kerna aku sudah banyak kali terjatuh."
" Allah, ada ketika aku menyalahkanMu kerna Kau uji sesuatu yang aku rasa tak mampu aku pikul."
" Allah, ada masa hati aku lelah, terlalu lelah untuk semuanya Ya Allah."
Kau akan rasa ketenangan yang teramat-amat,
Terasa meremang seluruh tubuh saat nama Tuhan terbit dibibirmu.
Apa lagi yang hati inginkan kalau bukan ketenangan kurniaan Tuhan?
Pada dikau yang hati bersepai, jiwa terkapai.
Untuk hati kau yang bersarat luka,
Cubalah,
Tuhan rindukan rintihanmu yang sentiasa ada DIA.
Friday, February 21, 2014
TUHAN ADA
Dan ingatlah,
bilamana kau khabarkan pada Tuhanmu,
bahawa kau sudah penat berlari.
Adakah ketika itu penatnya cuma pada kaki?
aku rasa kau penat cuma pada hati.
Berdoalah.
Allah sedia ada,
Dia akan cabut segala rasa penat dan kecewa,
lantas saja,
kau akan bisa tersenyum.
Tuhan ada.
cuba kau rasa.
Thursday, January 23, 2014
PEGANG AKU
Pegang aku jika kau rasa sisi kau perlu aku.
Pegang aku erat dalam tiap rintih doamu.
Pegang aku jika kau tagihkan sayang aku.
Pegang aku kalau cinta aku terlambak cuma pada kau satu.
Pegang aku untuk bahagia biar hebat mana jatuh bangun kita.
Pegang aku,
bila yang diatas sana takdirkan kau peneman aku disana nanti.
sama-sama untuk kita lepak disana selamanya.
Cuma,
ada kau dan aku.
Begitupun sebaliknya,
Bila aku takut kau pergi,
pergi jauh dari genggaman aku,
Aku cuma mampu,
menggenggam erat dirimu dalam setiap doaku.
Kerna,
segalanya terletak ditanganmu.
Pegang aku,
atau lepaskan aku.
Wednesday, December 11, 2013
DOSA
Kau takkan pernah kenal erti sakit yang sebenar,
selagi kau belum tidur dalam keadaan air mata berlinang biarpun ketika mata tertutup,
hanya kerna,
kau mengenang betapa banyak dosa yang telah kau lakukan atas dunia,
tapi ALLAH masih kasih kan kau,
kau pula macam mana?
Menangis sebab dosa payah,
nak kena paksa,
nak kena cuit emosi,
itu pun berapa lama kau tercuit,
hari ini cuit,
entah esok lusa dah tak terasa.
Menangis baca novel,
berangan pulak jadi watak dalam jalan cerita,
pulun berderai,
padehal dah tahu semua itu imaginasi semata,
tak sedar kita terleka dalam dunia sendiri.
Segumpal darah ini perlu dicuci,
kerna pada saat ini aku perlu buka mata,
kita tak punya apa-apa,
melainkan masa.
selagi kau belum tidur dalam keadaan air mata berlinang biarpun ketika mata tertutup,
hanya kerna,
kau mengenang betapa banyak dosa yang telah kau lakukan atas dunia,
tapi ALLAH masih kasih kan kau,
kau pula macam mana?
Menangis sebab dosa payah,
nak kena paksa,
nak kena cuit emosi,
itu pun berapa lama kau tercuit,
hari ini cuit,
entah esok lusa dah tak terasa.
Menangis baca novel,
berangan pulak jadi watak dalam jalan cerita,
pulun berderai,
padehal dah tahu semua itu imaginasi semata,
tak sedar kita terleka dalam dunia sendiri.
Segumpal darah ini perlu dicuci,
kerna pada saat ini aku perlu buka mata,
kita tak punya apa-apa,
melainkan masa.
Friday, December 6, 2013
JUJUR BIARPUN KAN ADA YANG PATAH HATI
biarpun hakikat yang terbeban ini tak mampu aku pikul,
apatah lagi buat aku bertatih melangkah.
Aku percaya DIA berikan lorong untuk kita pilih,
berliku,
berlopak,
tapi kaki perlu gagah melangkah.
Ya,
hati aku masih terasa pedih luka semalam,
biarpun seakan memaksa,
aku cuba seikhlas menerima,
demi segaris senyuman diwajah tua itu.
Ya,
aku terima jika bersuanya kita cuma seketika,
aku terima jika kita tak ditakdirkan bersama,
tapi wajah tua itu,
berkeriut seribu duka.
Ya,
luarnya aku tampak kuat,
tapi hati tua itu turut kau cuit,
sumpah yang mana dalamnya sudah lama berderai.
Ya,
wajah tua itu aku tahu berdarah pedih,
biarpun tak tahu dalam mana lukanya,
aku tahu hati tuanya pedih,
tapi aku tahu mana ruang untuk aku kaut kembali senyum di wajahnya,
tapi hati dan wajah tuamu bagaimana?
Jujurlah,
biarpun pahit yang di kemam,
lebih baik dari kau jentik hati semua orang.
Kan diri sendiri terbeban rasa bersalah.
Friday, September 20, 2013
LUKA
Luka meskipun sudah kering luka.
Cuba kau siat kulit kering tue,
kalaupun tak berdarah pedih mungkin kan terasa.
Kulit kering tue kekadang memang leka kalau disiat pelahan.
Tapi sampai bila?
Tiap kali kering kau siat,
lelama berparut jugak.
Macam tue jugak hati kita.
Kau dah tahu sakitnya luka semalam,
tapi degil jugak nak kopek.
Kau sendiri dah rasa pedih semalam.
Kenapa hari ini nak rasa lagi.
Darah luka kalau dilap memang kan kering.
Tapi sampai bila?
Biarkan berparut,
biarkan bertanda.
Cukup bila kau pandang,
kau dah pernah rasa sakit,
rasa pedih.
Biarpun parut tue orang lain kan sedar,
tapi sakit tue kau sorang yang rasa.
Biarpun luka kau serupa orang lain,
biarpun luka diruang badan yang sama,
tapi rasa sakit dia takkan pernah sama.
Takkan.
Cuba kau siat kulit kering tue,
kalaupun tak berdarah pedih mungkin kan terasa.
Kulit kering tue kekadang memang leka kalau disiat pelahan.
Tapi sampai bila?
Tiap kali kering kau siat,
lelama berparut jugak.
Macam tue jugak hati kita.
Kau dah tahu sakitnya luka semalam,
tapi degil jugak nak kopek.
Kau sendiri dah rasa pedih semalam.
Kenapa hari ini nak rasa lagi.
Darah luka kalau dilap memang kan kering.
Tapi sampai bila?
Biarkan berparut,
biarkan bertanda.
Cukup bila kau pandang,
kau dah pernah rasa sakit,
rasa pedih.
Biarpun parut tue orang lain kan sedar,
tapi sakit tue kau sorang yang rasa.
Biarpun luka kau serupa orang lain,
biarpun luka diruang badan yang sama,
tapi rasa sakit dia takkan pernah sama.
Takkan.
Monday, September 2, 2013
LANGKAH
Deras mana kita melangkah.
Pastikan ada jua sumbingnya.
Berhenti, toleh kebelakang.
Masih belum jauh kedepan.
Masih punya masa untuk kau ubah apa yang tak kena.
Jangan cuba untuk mengundur.
Itu memang mustahil.
Kau,
Cuma perlu kedepan dan kedepan.
Apa yang kau lewati biarkan sepi.
Jangan rasa goyah.
Maju saja kedepan sana.
Cuma satu perlu kau ubah.
Arah.
Ya, arah langkah itu.
Kiri atau kanan?
Atau kau mahu lekas terus kedepan.
Tanpa perlu diubah apa.
Masih punya pilihan kemana untuk kau seret kaki itu.
Jika rasa keliru, jangan cepat melatah.
Istikharah.
Sujud pada dia.
Minta pada DIA, in shaa Allah.
Jika DIA tak beri yang kau minta.
Pasti DIA beri yang terbaik untuk kau.
Langkah itu milik kau, pergi saja dimana, asalkan jiwa kau masih bernadi.
Pastikan ada jua sumbingnya.
Berhenti, toleh kebelakang.
Masih belum jauh kedepan.
Masih punya masa untuk kau ubah apa yang tak kena.
Jangan cuba untuk mengundur.
Itu memang mustahil.
Kau,
Cuma perlu kedepan dan kedepan.
Apa yang kau lewati biarkan sepi.
Jangan rasa goyah.
Maju saja kedepan sana.
Cuma satu perlu kau ubah.
Arah.
Ya, arah langkah itu.
Kiri atau kanan?
Atau kau mahu lekas terus kedepan.
Tanpa perlu diubah apa.
Masih punya pilihan kemana untuk kau seret kaki itu.
Jika rasa keliru, jangan cepat melatah.
Istikharah.
Sujud pada dia.
Minta pada DIA, in shaa Allah.
Jika DIA tak beri yang kau minta.
Pasti DIA beri yang terbaik untuk kau.
Langkah itu milik kau, pergi saja dimana, asalkan jiwa kau masih bernadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)